March 11, 2011

Puhh. !

puhhh puhhh.
tiup tiup, blog dah bersawang penuh debu.
pakai vacuum pun belum tentu dapat bersihkan sepenuhnya.

sampai ada orang tegur
"haih, blog tu.. dah nak buat pekasam ke?"
bamm. kena sebijik atas kepala. lebam sebesar ibu jari kaki.
sakit.

entahla, aku bukan apa. bukan tak mahu menulis. bukan takut untuk 'kogha' sini sana.
cuma aku bimbang
aku bimbang aku hanya akan penuhkan blog ni dengan perkara yang tak patut
perkara-perkara 'takde pekdah', bak kata omputeh.
aku bimbang apa yang aku tulis, tak beri manfaat langsung,
baik kepada aku, mahupun sang pembaca.

aku terkesan dgn kata kak fathiyyah melalui blog beliau..
katanya..
"Tulis blog. Andai kau tulis untuk memperingatkan diri kau dan disertakan dengan niat untuk memberi manfaat kepada mereka yang membaca, mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal. Setimpal dengan apa yang kau niatkan."

bamm, kena seketul lagi atas hidung yang tak berapa mancung ni.
betullah,
kalau tulis banyak-banyak, tapi tak dapat bagi manfaat apa2, rugi lah kan?
sia-sia je perah otak untuk fikir idea.

dan sebab itulah, aku masih menyepi seolah-olah tak wujud pun dalam dunia blog ini.
cuma hanya mampu menjadi stalker tegar kepada pemilik-pemilik blog hebat..
sungguh, aku respek mereka dan juga mereka-mereka yang lain yang turut mampu menarikan keyboard dengan tulisan-tulisan menarik.
mampu memberi impak, dan mampu menambah iman.
insya allah.

tapi aku?
tunggulah, bila aku rasa aku mampu, aku akan turut serta.

sabar ya. :)





nota kaki:
satu : 'kogha' itu bermaksud conteng.
dua : entah kpd siapa post ni aku tujukan pn aku tak tahu. mane ada org baca pn blog ni. haha

3 comments:

`Izzati Idris said...

i always stalk ur blog la dear. =)

nikqilah said...

saya peminat awak!! ^-^

. Aisyah . said...

ehehe. time kasih, kawan2. :)