December 03, 2010

Empat.

aku terbangun lambat hari ni. tanah di luar dah nampak cerah. tengok jam, pukul lapan. ahhh, sudah. aku dah lambat. hari ni hari penting buat aku. aku ambil kalkulator, kira waktu jam di malaysia berapa. 8 + 6 = 2 petang. alamak, aku dah termiss moment paling penting dalam hidup dia. aku terus capai telefon gagang bimbitku dan ku capai juga kad weinak..

aku dail.. operator weinak segera menyambut dengan suara tipikalnya,
"syukran li istikhdamika khidmat weinak. for english press two."
"please enter your card number followed by the # key"

aku pun seperti kanak-kanak yang baik, akur saja permintaan operator tersebut. truut truut.. panggilan aku masih belum disambut. tiba-tiba terdengar suara di hujung talian..

copp! sebelum tu, biar aku cerita dulu pasal DIA. biar saspen sikit. hehe.

dia, insan yang lahir tahun 1986, tua enam tahun daripada aku. dia, insan yang selalu bergaduh dengan aku, suka kacau aku, suka buat aku marah, suka buat muka bengang gila sampai aku terketar ketar lutut takutkan dia.
dia, seorang insan yang aku panggil abang.


 abang, nah surat untuk abang. baca la. penat asya karang tau. berpeluh-peluh jari menulis... hehe

**********************************
Warkah Buat Abang
Assalamualaikum.

Abang apa khabar? sihat? kampung halaman macam mana? masih hujan lebat ke? (ayat pendahuluan standard spm Gred D+)
Abang, bukanlah asya menulis dengan penat lelah semata-mata untuk tanya khabar abang. tak kesah pun kampung hujan lebat ke tak. cuma mahu menulis pada hari penting dalam hidup abang. entah apa tujuannya.
Abang, asya nak menyusun sepuluh jari tangan campur sepuluh jari kaki memohon sejuta kemaafan dari abang sebab asya tak mampu untuk berada di sana pada hari ini tatkala ini untuk sama-sama kongsi kegembiraan abang pada hari ini. Adik abang ni duduk jauh nun di bumi asing, jauh dari pandangan mata abang. asya tahu abang macam tak kisah pun adik abang seorang ni tak ada, tapi asya tahu, jauh di sudut hati kecil abang, abang mesti nak asya ada kan? kan kan? cewah, perahsantan pula.

Abang, masa kecik-kecik, asya sangat takut dengan abang. sebab kalau abang bengang, abang selalu buat muka nak makan orang. kalau abang dah start atau di ambang membuat muka tu, asya akan lari jauh-jauh atau pura-pura main masak-masak sebab taknak jadi terlibat dalam apa-apa insiden dramatik yang bakal berlaku. tapi asya tak pernah salahkan abang kerana menjadi seorang yang hot-tempered. baik kan adik abang ni? :)

Abang, ingat lagi tak, dulu dulu, ummi selalu beli cereal untuk kita semua. kita susun tujuh mangkuk kemas-kemas sambil buat muka eksaited nak makan cereal. abang la paling berkuasa kalau bab bab tu. abang akan tuang cereal seadil-adilnya. semua orang akan dapat cereal sama rata. tak boleh lebih walau seketul separuh bulat koko krunch atau bintang honey star. orang lain tak boleh dapat lebih, tapi abang boleh. abang selalu macam tu. kami adik adik ni tak berani membantah. biar lah dia ambik lebih. nanti suruh ummi beli lagi cereal tapi jangan bagitau abang. biar kitorang je makan. muahahaha.

Abang, orang selalu kata, muka kita berdua sama. dulu, asya selalu marah kalau orang cakap macam tu sebab asya taknak disamakan dengan abang. taknak taknak taknak. sebab abang suka buli asya. abang ingat lagi tak pernah sekali tu abang suruh asya gaduh dengan adik. abang kata, sape menang, abang bagi lima puluh sen. tapi dengan syarat, jangan menangis. asya dengan adik pun eksaited mendengar perkataan lima puluh sen tu, sebab bagi kami jumlah itu terlalu besar.. *fikiran cetek betul* . lalu kami tanpa ragu-ragu bergaduh sesama kami. tumbuk, sepak. last-last dua-dua meraung dan menangis. abang gelak, abang dengan selamba berkata takde sape menang, sebab dua-dua menangis. lagi la kami menjerit melolong masa tu sebab tak dapat habuan yang dijanjikan.. sampai hati abang buat macam tu..

Dulu, asya tak pernah hargai kehadiran abang. asya selalu rasa yang kalau abang tak ada lagi bagus. tapi satu hari, ummi cerita. satu cerita yang mengubah persepsi asya pada abang. ummi cerita, masa ummi mengandung asya 9 bulan dan dah dekat bersalin, abah bawak adik-beradik kita yang lain balik kampung sekejap sebab ummi dah tak larat nak jaga masa tu. tapi abang berkeras taknak ikut. abang nak stay dengan ummi. bila ummi tanya "kenapa taknak ikut?" , abang jawab, "sebab abang taknak adik abang kena ambil lagi macam imi (abang yg ke 4) kena ambil dengan cikngah (makcik) dulu. abang nak jaga dia dekat sini."
Abang, sungguh asya terharu dengar cerita ummi. abang sanggup tunggu, sanggup kena tinggal semata-mata untuk jaga asya. baru asya tahu yang abang ni sebenarnya seorang yang sangat bertanggungjawab dan sayangkan adik-adik dia. terima kasih, abang. kerana sudi menjadi abang asya.

tak sangka, kini abang punya tanggungjawab lain. tanggungjawab yang lebih besar dari menjaga & melindungi adik-adik abang yang dah besar-besar semuanya. (eh, kita dah besar eh? rasa macam baru lagi kena sepak dengan abang. haha). abang, semoga abang dapat jalankan tanggungjawab yang baru diamanatkan pada abang dengan baik. doa asya insya allah akan sentiasa mengiringi abang.

abang, selamat pengantin baru. :)


barakallah lakuma
semoga dapat membina masjid dan baitul muslim yang diredhai-Nya.
amiiin.
(p/s : abang, sila belanja asya satu lori aiskrim kerana telah mempublisitikan abang pada dunia. haha :)

****************************
Sambung cerita tadi..

 Tiba-tiba, terdengar suara di hujung talian, 
"Assalamualaikum. Sya!" suara ummi kedengaran eksaited sekali.
"Ummi, abang dah selamat akad nikah?" aku mengajukan soalan pertama.
"Dah. Alhamdulillah."
"Berapa lafaz?"
"Sekali je. Dia dah praktis lama." jawab ummi sambil tertawa.
"Ummi, nak cakap dengan abang boleh?"

ummi sambungkan panggilan itu kepada abang.
beberapa minit kemudian, suara abang kedengaran di hujung talian.
sungguh, sudah lama aku tidak dengar suara itu. aku boleh kesan, suaranya penuh kelegaan. iya lah, siapa yang tak lega bila dah selamat melalui saat-saat getir melafazkan akad.
"Tahniah abang." aku ucap jua walaupun kekok.
abang ketawa sambil berkata,
"Terima kasih, dik".

Kemudian, talian itu aku putuskan. biarlah cakap sekejap, aku tak mahu ganggu dia. abang mesti tengah sibuk. tapi sejurus selepas itu, aku baru teringat. aku lupa untuk bagitahu abang sesuatu dan mungkin aku tak akan bagitahu sampai bila-bila kerana segan. 

asya sayang abang.

(abang tak akan baca blog ni, so takpe lah kan cakap kat sini pasal dia? huhu^^)

November 22, 2010

Tiga.

ingat lagi..
masa kecik-kecik dulu..
bila ada makanan lebih, selalu tanya kat umi sambil buat muka kesian.
"ummi, nak makan lagi boleh tak?"

umi dengan wajah coolnya berkata,
"makanlah sya. sementara sihat & ada selera nak makan ni, makan la banyak-banyak. kalau habis, umi masak baru. kalau habis lagi, umi beli lain. nanti kalau dah demam, bagi la tok kepada singgang pun taknak.."


baru sedar..
betul lah umi cakap.

bila dah sakit macam sekarang ni, 
bagi la tok kepada kinafah pun dah tak selera.
=.=



* singgang = makanan kelantan yang kale kuning macam gambar di atas. :)

November 19, 2010

Dua.

tadi ada orang tanya satu soalan kuiz cepumas
tak ada hadiah, tapi membuka minda
soalan kaw-kaw punya.
soalannya berbunyi begini :
'kenapa... kenapa kalau kita marah dengan seseorang, kita akan tinggikan suara dan jerit walaupun orang tersebut duduk hanya 1 centimeter jaraknya, tapi kalau dengan orang yang kita sayang, kita akan rendahkan suara dan bercakap dengan seayu-ayunya. kenapa?'

ha'ah kan.. kenapa ye?
tak pernah terfikir pun sebelum ni..
punya la aku berkerutkerut dahi sambil buat muka einstein pikir jawapan.
kenapa.. kenapa.. kenapa?
dah dah, jangan celarukan lagi otak yang dah bercelaru tu.

dengan muka cool,
orang yang mengajukan soalan tadi menjawab..
jawapannya adalah sebab..
kalau kita marah dengan seseorang, maka hati kita jauh daripada orang tersebut. bagai jarak amman dan irbid atau mungkin jauh lagi. kita perlukan suara yang tinggi supaya orang tersebut dapat mendengar kata-kata kita.

tapi bila kita sayang seseorang, hati kita sentiasa dekat dengan dia, maka microphone atau speaker tak diperlukan untuk menyatakan isi hati kita. cukup dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyampaikan mesej kita kepada dia.

dan
andai hati-hati kita sangat dekat dan tertaut dengan ukhuwwah islamiah,
insya allah, hanya diam dan tak perlu berkata-kata pun sudah saling mengerti.

manisnya ukhuwwah, kan?


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain,  lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan. Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya: "Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi:
"Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?": lalu lelaki itu menjawab : "Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab: "Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”
(HR. Muslim)

credits to jaja for her Q :)
tapi dialog telah diubahsuai. hehe


Satu.

 salam.
hai, awok-awok semua.
ahlein ila bloggiy.
(selamat datang ke blog saya)
:D

ini blog baruku.
blog lama dah dibiarkan bersawang-sawang tanpa disapu.
biar dia ditinggalkan.
padan muka, aku dah ada pengganti.
haha

"tapi tapi, kenapa nama aflah? nama awak bukan aisyah ke?"
jika persoalan itu bermain di fikiran anda,
nah ini jawabnya..

SAYA PUN TAK TAHU KENAPA
cuma namanya bunyi lagi sedap dari nama blog dulu.
dan lebih bermakna.

 mendapat inspirasi nama tersebut daripada ayat ini :

'Sungguh beruntung orang-orang yang beriman'
Surah Al-Mu'minuun [23:1]

moga kita berada dalam kalangan yang beriman.
Amiin. :)


p/s : farhanah, tahniah. awak orang malaysia pertama baca ni.
jaja & ira, awak orang jordan pertama yang baca ni.
sila bangga :D

November 07, 2010

Ting Tong.

hari ini 7 November 2010.
aku di Jordan.
dan aku ingin lakarkan sebuah sejarah
dengan membuat blog baru.
supaya hari ini lebih bermakna.

insya allah
nama baru. bentuk baru.
nafas yang dihembus juga baru.
cara penulisan pun mungkin berbeza.

maaflah 
dah berzaman tak menulis.
pensil dah tumpul rasanya.
kenapa tukar blog?
usah ditanya, lihat saja,
kerana tuan empunya pun tak tahu kenapa.

apa-apa pun, inilah entry pertama di hari pertama.
 moga Allah redha. :)