March 24, 2011

Brownies !

Di suatu pagi yang damai, angin bertiup agak kencang di luar rumah. Seorang anak perempuan bertemu dengan ayahnya, untuk meminta keizinan.

Anak : abah abah....

Ayah : iya?

Anak : em..... abah, aisyah (bukan nama sebenar) nak keluar dengan kawan-kawan ni.. boleh?

Ayah : nak keluar pergi mana?

Anak : kawan-kawan ajak pergi wayang, tengok cerita dragon ball. dah lama tak tengok muka goku..

Ayah : takpe, nanti abah belikan cd goku banyak-banyak untuk aisyah eh. original punya. hari ni tak payah la pergi tengok wayang, yeh? abah nak masakkan brownies feveret aisyah ni..

Anak : huwaaaa.. abah nak masak brownies?! oklah. takpelah, brownies lagi sedap dimakan daripada awan goku.. tak jadi la pegi.

Ayah : haa. camni la baru best.. kita kan geng. :D


Selepas satu jam, brownies terhebat hasil tangan si ayah sudah siap. Brownies yang cukup moist dan bertaburan chocolate chip di atasnya mampu melelehkan air liur sesiapa yang melihatnya. Si ayah memanggil anaknya untuk makan bersama di dapur..

Anak : perghh! terbaiklah brownies abah ni. kalah secret recipe punya ni, bah. (sambil memotong brownies untuk ayahnya). nah, abah makan la dulu.

Ayah : eh, takpe takpe. abah dah banyak sangat sedut asap oven tadi. abah nak makan japgi. aisyah makan la dulu.

Anak : oho. okai.. (memulakan suapan pertama)

Gulp!

Tiba-tiba si anak buat muka pelik, sambil menggaru-garu kepalanya.

Ayah : eh, kenapa? tak sedap ke?

Anak : emm.. abah... em.... emmmm... camne nak cakap ni eh..

Ayah : aaa.. kenapa? cakap je la.. abah tak marah..

Anak : em.. abah..... kenapa... em.. KENAPA SEDAP TAHAP GIGA NI BAHH ?! hahaha

Ayah : ohohoho. terima kasih terima kasih * blushing *. alhamdulillah, allah yang beri. tapi.. tapi abah nak mintak maaf, ada satu benda abah tersalah letak masa buat brownies ni.. harap aisyah tak kisah..

Anak : apa bende nye abah? sedap bukan main lagi ni.. abah tersalah letak jampi penyedap ke?

Ayah : hish, apa pulak jampi.. cuma tadi ada termasuk taik cicak. (nada spontan)

Anak : haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ? blergghh. (terus tak jadi makan. muka dah kuning macam terkena jaundice). abah! taik cicak tu kan teruk, jijik, kotor, najis semua.. nape abah boleh sampai termasukkan dalam brownies yang sangat sedap ni? nape abah tak bagitau awal-awal? kalau tak, saya tak akan makan brownies ni yang cuma nampak sedap tapi sebenarnya ada 'kekotoran' di sebaliknya. abah ni...... taknak kawan abah..

Ayah : abah bukan apa.. abah cuma nak aisyah berfikir.. tapi bagus la sekarang aisyah dah sedar dengan sendirinya. walaupun ada benda yang kita nampak elok, benda yang kita nampak best dan seronok, tak semestinya benda tu baik untuk kita. kita tak tengok lagi keburukan dan kecelakaan yang benda tu dapat beri kepada kita. kita sering terpedaya. kadang-kadang hati dan minda kita tertutup dengan perkara-perkara jahiliyyah ni. kita ingat benda kita buat tu tak dosa, tapi sebenarnya benda tu sebaliknya. kita dah tergelincir dan jauh daripada keredhaan Allah, kadang-kadang tak mampu nak beza yang haq dan yang batil.. samalah macam awak nak pergi wayang tadi. mungkin awak sekadar nak pegi tengok goku yang hanya kartun semata-mata. tapi cuba fikir balik, berapa banyak unsur jahiliyyah yang diserapkan sebenarnya dalam kartun tu? dan awak pergi wayang tu jugak, mungkin membawa kepada maksiat sbb mungkin awak tak menjaga pandangan awak semasa dalam wayang tu. dengan bersesak-sesaknya semua.. baik awak duduk rumah, makan brownies ni ngan abah, kan?
lagipun manada abah taruk betul-betul taik cicah tu, abah acah je. hehe


Si anak terdiam. Ayahnya risau, takut takut perkataannya menyinggung perasaan anak gadisnya yang baru hendak mengenal dunia sebenar. Selepas dapur itu senyap seketika, tiba-tiba, si anak bersuara..

Anak : abah.........

Ayah : emm?

Anak : terima kasih, bah. :)



harap dapat ambil ibrah daripada kisah di atas. minta maaf sepuluh jari andai pengolahan cerita kurang menarik. cumanya, harap mesej dapat disampaikan.


ingatlah, firman Allah s.w.t. :


“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
( 3: 185)

sama-samalah kita berdoa agar kita tak tergolong dalam golongan yang terpedaya.


اللَهُّمَ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan kurniakanlah kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kebatilan itu sebagai kebatilan dan kurniakanlah kami untuk menjauhinya."


Amiiin.
Wallahua'lam. :D