December 03, 2010

Empat.

aku terbangun lambat hari ni. tanah di luar dah nampak cerah. tengok jam, pukul lapan. ahhh, sudah. aku dah lambat. hari ni hari penting buat aku. aku ambil kalkulator, kira waktu jam di malaysia berapa. 8 + 6 = 2 petang. alamak, aku dah termiss moment paling penting dalam hidup dia. aku terus capai telefon gagang bimbitku dan ku capai juga kad weinak..

aku dail.. operator weinak segera menyambut dengan suara tipikalnya,
"syukran li istikhdamika khidmat weinak. for english press two."
"please enter your card number followed by the # key"

aku pun seperti kanak-kanak yang baik, akur saja permintaan operator tersebut. truut truut.. panggilan aku masih belum disambut. tiba-tiba terdengar suara di hujung talian..

copp! sebelum tu, biar aku cerita dulu pasal DIA. biar saspen sikit. hehe.

dia, insan yang lahir tahun 1986, tua enam tahun daripada aku. dia, insan yang selalu bergaduh dengan aku, suka kacau aku, suka buat aku marah, suka buat muka bengang gila sampai aku terketar ketar lutut takutkan dia.
dia, seorang insan yang aku panggil abang.


 abang, nah surat untuk abang. baca la. penat asya karang tau. berpeluh-peluh jari menulis... hehe

**********************************
Warkah Buat Abang
Assalamualaikum.

Abang apa khabar? sihat? kampung halaman macam mana? masih hujan lebat ke? (ayat pendahuluan standard spm Gred D+)
Abang, bukanlah asya menulis dengan penat lelah semata-mata untuk tanya khabar abang. tak kesah pun kampung hujan lebat ke tak. cuma mahu menulis pada hari penting dalam hidup abang. entah apa tujuannya.
Abang, asya nak menyusun sepuluh jari tangan campur sepuluh jari kaki memohon sejuta kemaafan dari abang sebab asya tak mampu untuk berada di sana pada hari ini tatkala ini untuk sama-sama kongsi kegembiraan abang pada hari ini. Adik abang ni duduk jauh nun di bumi asing, jauh dari pandangan mata abang. asya tahu abang macam tak kisah pun adik abang seorang ni tak ada, tapi asya tahu, jauh di sudut hati kecil abang, abang mesti nak asya ada kan? kan kan? cewah, perahsantan pula.

Abang, masa kecik-kecik, asya sangat takut dengan abang. sebab kalau abang bengang, abang selalu buat muka nak makan orang. kalau abang dah start atau di ambang membuat muka tu, asya akan lari jauh-jauh atau pura-pura main masak-masak sebab taknak jadi terlibat dalam apa-apa insiden dramatik yang bakal berlaku. tapi asya tak pernah salahkan abang kerana menjadi seorang yang hot-tempered. baik kan adik abang ni? :)

Abang, ingat lagi tak, dulu dulu, ummi selalu beli cereal untuk kita semua. kita susun tujuh mangkuk kemas-kemas sambil buat muka eksaited nak makan cereal. abang la paling berkuasa kalau bab bab tu. abang akan tuang cereal seadil-adilnya. semua orang akan dapat cereal sama rata. tak boleh lebih walau seketul separuh bulat koko krunch atau bintang honey star. orang lain tak boleh dapat lebih, tapi abang boleh. abang selalu macam tu. kami adik adik ni tak berani membantah. biar lah dia ambik lebih. nanti suruh ummi beli lagi cereal tapi jangan bagitau abang. biar kitorang je makan. muahahaha.

Abang, orang selalu kata, muka kita berdua sama. dulu, asya selalu marah kalau orang cakap macam tu sebab asya taknak disamakan dengan abang. taknak taknak taknak. sebab abang suka buli asya. abang ingat lagi tak pernah sekali tu abang suruh asya gaduh dengan adik. abang kata, sape menang, abang bagi lima puluh sen. tapi dengan syarat, jangan menangis. asya dengan adik pun eksaited mendengar perkataan lima puluh sen tu, sebab bagi kami jumlah itu terlalu besar.. *fikiran cetek betul* . lalu kami tanpa ragu-ragu bergaduh sesama kami. tumbuk, sepak. last-last dua-dua meraung dan menangis. abang gelak, abang dengan selamba berkata takde sape menang, sebab dua-dua menangis. lagi la kami menjerit melolong masa tu sebab tak dapat habuan yang dijanjikan.. sampai hati abang buat macam tu..

Dulu, asya tak pernah hargai kehadiran abang. asya selalu rasa yang kalau abang tak ada lagi bagus. tapi satu hari, ummi cerita. satu cerita yang mengubah persepsi asya pada abang. ummi cerita, masa ummi mengandung asya 9 bulan dan dah dekat bersalin, abah bawak adik-beradik kita yang lain balik kampung sekejap sebab ummi dah tak larat nak jaga masa tu. tapi abang berkeras taknak ikut. abang nak stay dengan ummi. bila ummi tanya "kenapa taknak ikut?" , abang jawab, "sebab abang taknak adik abang kena ambil lagi macam imi (abang yg ke 4) kena ambil dengan cikngah (makcik) dulu. abang nak jaga dia dekat sini."
Abang, sungguh asya terharu dengar cerita ummi. abang sanggup tunggu, sanggup kena tinggal semata-mata untuk jaga asya. baru asya tahu yang abang ni sebenarnya seorang yang sangat bertanggungjawab dan sayangkan adik-adik dia. terima kasih, abang. kerana sudi menjadi abang asya.

tak sangka, kini abang punya tanggungjawab lain. tanggungjawab yang lebih besar dari menjaga & melindungi adik-adik abang yang dah besar-besar semuanya. (eh, kita dah besar eh? rasa macam baru lagi kena sepak dengan abang. haha). abang, semoga abang dapat jalankan tanggungjawab yang baru diamanatkan pada abang dengan baik. doa asya insya allah akan sentiasa mengiringi abang.

abang, selamat pengantin baru. :)


barakallah lakuma
semoga dapat membina masjid dan baitul muslim yang diredhai-Nya.
amiiin.
(p/s : abang, sila belanja asya satu lori aiskrim kerana telah mempublisitikan abang pada dunia. haha :)

****************************
Sambung cerita tadi..

 Tiba-tiba, terdengar suara di hujung talian, 
"Assalamualaikum. Sya!" suara ummi kedengaran eksaited sekali.
"Ummi, abang dah selamat akad nikah?" aku mengajukan soalan pertama.
"Dah. Alhamdulillah."
"Berapa lafaz?"
"Sekali je. Dia dah praktis lama." jawab ummi sambil tertawa.
"Ummi, nak cakap dengan abang boleh?"

ummi sambungkan panggilan itu kepada abang.
beberapa minit kemudian, suara abang kedengaran di hujung talian.
sungguh, sudah lama aku tidak dengar suara itu. aku boleh kesan, suaranya penuh kelegaan. iya lah, siapa yang tak lega bila dah selamat melalui saat-saat getir melafazkan akad.
"Tahniah abang." aku ucap jua walaupun kekok.
abang ketawa sambil berkata,
"Terima kasih, dik".

Kemudian, talian itu aku putuskan. biarlah cakap sekejap, aku tak mahu ganggu dia. abang mesti tengah sibuk. tapi sejurus selepas itu, aku baru teringat. aku lupa untuk bagitahu abang sesuatu dan mungkin aku tak akan bagitahu sampai bila-bila kerana segan. 

asya sayang abang.

(abang tak akan baca blog ni, so takpe lah kan cakap kat sini pasal dia? huhu^^)