March 24, 2011

Brownies !

Di suatu pagi yang damai, angin bertiup agak kencang di luar rumah. Seorang anak perempuan bertemu dengan ayahnya, untuk meminta keizinan.

Anak : abah abah....

Ayah : iya?

Anak : em..... abah, aisyah (bukan nama sebenar) nak keluar dengan kawan-kawan ni.. boleh?

Ayah : nak keluar pergi mana?

Anak : kawan-kawan ajak pergi wayang, tengok cerita dragon ball. dah lama tak tengok muka goku..

Ayah : takpe, nanti abah belikan cd goku banyak-banyak untuk aisyah eh. original punya. hari ni tak payah la pergi tengok wayang, yeh? abah nak masakkan brownies feveret aisyah ni..

Anak : huwaaaa.. abah nak masak brownies?! oklah. takpelah, brownies lagi sedap dimakan daripada awan goku.. tak jadi la pegi.

Ayah : haa. camni la baru best.. kita kan geng. :D


Selepas satu jam, brownies terhebat hasil tangan si ayah sudah siap. Brownies yang cukup moist dan bertaburan chocolate chip di atasnya mampu melelehkan air liur sesiapa yang melihatnya. Si ayah memanggil anaknya untuk makan bersama di dapur..

Anak : perghh! terbaiklah brownies abah ni. kalah secret recipe punya ni, bah. (sambil memotong brownies untuk ayahnya). nah, abah makan la dulu.

Ayah : eh, takpe takpe. abah dah banyak sangat sedut asap oven tadi. abah nak makan japgi. aisyah makan la dulu.

Anak : oho. okai.. (memulakan suapan pertama)

Gulp!

Tiba-tiba si anak buat muka pelik, sambil menggaru-garu kepalanya.

Ayah : eh, kenapa? tak sedap ke?

Anak : emm.. abah... em.... emmmm... camne nak cakap ni eh..

Ayah : aaa.. kenapa? cakap je la.. abah tak marah..

Anak : em.. abah..... kenapa... em.. KENAPA SEDAP TAHAP GIGA NI BAHH ?! hahaha

Ayah : ohohoho. terima kasih terima kasih * blushing *. alhamdulillah, allah yang beri. tapi.. tapi abah nak mintak maaf, ada satu benda abah tersalah letak masa buat brownies ni.. harap aisyah tak kisah..

Anak : apa bende nye abah? sedap bukan main lagi ni.. abah tersalah letak jampi penyedap ke?

Ayah : hish, apa pulak jampi.. cuma tadi ada termasuk taik cicak. (nada spontan)

Anak : haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ? blergghh. (terus tak jadi makan. muka dah kuning macam terkena jaundice). abah! taik cicak tu kan teruk, jijik, kotor, najis semua.. nape abah boleh sampai termasukkan dalam brownies yang sangat sedap ni? nape abah tak bagitau awal-awal? kalau tak, saya tak akan makan brownies ni yang cuma nampak sedap tapi sebenarnya ada 'kekotoran' di sebaliknya. abah ni...... taknak kawan abah..

Ayah : abah bukan apa.. abah cuma nak aisyah berfikir.. tapi bagus la sekarang aisyah dah sedar dengan sendirinya. walaupun ada benda yang kita nampak elok, benda yang kita nampak best dan seronok, tak semestinya benda tu baik untuk kita. kita tak tengok lagi keburukan dan kecelakaan yang benda tu dapat beri kepada kita. kita sering terpedaya. kadang-kadang hati dan minda kita tertutup dengan perkara-perkara jahiliyyah ni. kita ingat benda kita buat tu tak dosa, tapi sebenarnya benda tu sebaliknya. kita dah tergelincir dan jauh daripada keredhaan Allah, kadang-kadang tak mampu nak beza yang haq dan yang batil.. samalah macam awak nak pergi wayang tadi. mungkin awak sekadar nak pegi tengok goku yang hanya kartun semata-mata. tapi cuba fikir balik, berapa banyak unsur jahiliyyah yang diserapkan sebenarnya dalam kartun tu? dan awak pergi wayang tu jugak, mungkin membawa kepada maksiat sbb mungkin awak tak menjaga pandangan awak semasa dalam wayang tu. dengan bersesak-sesaknya semua.. baik awak duduk rumah, makan brownies ni ngan abah, kan?
lagipun manada abah taruk betul-betul taik cicah tu, abah acah je. hehe


Si anak terdiam. Ayahnya risau, takut takut perkataannya menyinggung perasaan anak gadisnya yang baru hendak mengenal dunia sebenar. Selepas dapur itu senyap seketika, tiba-tiba, si anak bersuara..

Anak : abah.........

Ayah : emm?

Anak : terima kasih, bah. :)



harap dapat ambil ibrah daripada kisah di atas. minta maaf sepuluh jari andai pengolahan cerita kurang menarik. cumanya, harap mesej dapat disampaikan.


ingatlah, firman Allah s.w.t. :


“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
( 3: 185)

sama-samalah kita berdoa agar kita tak tergolong dalam golongan yang terpedaya.


اللَهُّمَ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan kurniakanlah kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kebatilan itu sebagai kebatilan dan kurniakanlah kami untuk menjauhinya."


Amiiin.
Wallahua'lam. :D 

March 13, 2011

Ma-tang

masih teringat pesan seorang ustazah kepada anak didiknya sebelum anak didiknya terbang ke luar negara..

"duduk dekat negara orang, jauh daripada keluarga, jaga diri elok-elok. ingat, awak ni dah besar, jangan perangai macam budak-budak lagi. nanti tak ada orang yang nak."

fuh, amanah yang cukup besar, iaitu mencapai kematangan fikiran dan peribadi.
suatu amanah yang aku masih belum mampu laksanakan.
iyalah, mana tak nya, walaupun hari ni usia dah mencecah 18 tahun 4 bulan, tapi aku masih belum matang seperti yang sepatutnya.

masih berfikiran seperti budak-budak dan perangai lagilah macam budak-budak.
hanya fikirkan perihal sendiri, masih belum mampu berdikari sepenuhnya..
tidur tak boleh kurang daripada 8 jam, sangat gemar masuk kedai mainan sambil membuat muka eksaited ibarat kanak-kanak mendapat coklat tora beserta mainan gasing didalamnya.
sangat suka bermain lego, apatah lagi soft toys berbentuk zirafah dan domo yang terletak setia di sisi setiap kali diulit mimpi.
sangat tak matang, kan?

hingga ada yang berkata,
"haish budak kecik ni.. bila la nak besar.."
"awak tu kecik lagi, tak patut tau hal orang-orang besar ni.."
"ko ni macam budak-budak la.."

sedih... kan?
sangatt...

tapi..
aku teringat kata-kata seorang senpai..
kematangan itu bukanlah diukur dari sudut usia mahupun dari sudut pengalaman. tapi kematangan yang sebenar ialah apabila seseorang itu jelas akan matlamat hidupnya dan tahu akan misi perjuangannya.
bilamana seseorang itu tahu hidupnya semata-mata didedikasikan untuk mencapai mardhatillah, maka dia adalah seorang yang matang.

dan aku rasa, jika kematangan aku didefinisikan begitu, maka lebih rendahlah tahap kematangan aku.
aku merasa sangat kerdil, terasa jeles tahap infiniti,
tatkala mana aku lihat sahabat sebaya lain yang jauh lebih tinggi kematangannya
mampu menjaga diri, punya akhlak yang terpuji, dan faham apa matlamat sebenarnya perjuangannya.

(hingga kalau nak suruh kawin terus pun boleh..)


tapi aku?
ibarat budak hingusan yang hingusnya masih meleleh sambil belajar bertatih di titian dunia.
masih belum mampu menggalas beban dan tanggungjawab.
masih banyak yang perlu diperbaiki, direpair dan dihantar workshop untuk maintenance.

maafkan aku, andai aku masih kebudak-budakan
aku kini dalam proses pembelajaran. belajar untuk menjadi matang.
ajarkan aku, kawan. bimbinglah aku..
agar kita sama-sama dapat menjadi umpama Sultan Muhammad al-Fateh yang matang pada usia yang muda.

bi iznillah, insya allah :)

March 11, 2011

Puhh. !

puhhh puhhh.
tiup tiup, blog dah bersawang penuh debu.
pakai vacuum pun belum tentu dapat bersihkan sepenuhnya.

sampai ada orang tegur
"haih, blog tu.. dah nak buat pekasam ke?"
bamm. kena sebijik atas kepala. lebam sebesar ibu jari kaki.
sakit.

entahla, aku bukan apa. bukan tak mahu menulis. bukan takut untuk 'kogha' sini sana.
cuma aku bimbang
aku bimbang aku hanya akan penuhkan blog ni dengan perkara yang tak patut
perkara-perkara 'takde pekdah', bak kata omputeh.
aku bimbang apa yang aku tulis, tak beri manfaat langsung,
baik kepada aku, mahupun sang pembaca.

aku terkesan dgn kata kak fathiyyah melalui blog beliau..
katanya..
"Tulis blog. Andai kau tulis untuk memperingatkan diri kau dan disertakan dengan niat untuk memberi manfaat kepada mereka yang membaca, mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal. Setimpal dengan apa yang kau niatkan."

bamm, kena seketul lagi atas hidung yang tak berapa mancung ni.
betullah,
kalau tulis banyak-banyak, tapi tak dapat bagi manfaat apa2, rugi lah kan?
sia-sia je perah otak untuk fikir idea.

dan sebab itulah, aku masih menyepi seolah-olah tak wujud pun dalam dunia blog ini.
cuma hanya mampu menjadi stalker tegar kepada pemilik-pemilik blog hebat..
sungguh, aku respek mereka dan juga mereka-mereka yang lain yang turut mampu menarikan keyboard dengan tulisan-tulisan menarik.
mampu memberi impak, dan mampu menambah iman.
insya allah.

tapi aku?
tunggulah, bila aku rasa aku mampu, aku akan turut serta.

sabar ya. :)





nota kaki:
satu : 'kogha' itu bermaksud conteng.
dua : entah kpd siapa post ni aku tujukan pn aku tak tahu. mane ada org baca pn blog ni. haha

January 17, 2011

Enam.

hari ini budak besar dari mesir datang ke jordan.
mula-mula suruh dia datang sendiri ke irbid
budak besar kan dah besar, bagi instructions je ..
"naik bas sariyah daripada airport, lepastu sampai mujamma' syimali, naik bas hijazi datang ke irbid. lepas dah sampai duwar qubah, sy ambik"

tapi
tiba-tiba, hati terdetik olehNya untuk menjadi seorang adik yang baik
maka kaki diangkat dengan penuh bersemangat ke amman
semata-mata untuk menjemput si budak besar mesir
takut dia sesat pula nanti
lagipun hari ni birthday dia
sebagai adik, kenalah jadi baik, kan?

dalam teksi ditanya berbagai-bagai soalan
kalau 'berapa' dalam ammi jordan apa?
kalau 'kau apehal' macam mana pulak?
kalau 'saya belum sampai' ghano?

budak besar mengajukan soalan bertubi-tubi macam inspektor sahab masa interrogation

terkulat-kulat aku menjawab.
kumat kamit kumat kamit
huwaaa..
sedih rasanya sebab tak dapat kuasai betul-betul vocab arab
duduk dah empat bulan, tapi yang perkataan basic pun tak lekat-lekat lagi
aku tak cukup pemerhatian dan usaha agaknya
malu sungguh dengan orang mesir
rasa macam nak timbus muka bawah padang pasir
maluuu...

beberapa hari lagi, umi abah semua nak datang
habis la aku.. mesti kena perli sebab belum masyi arab lagi
yah! mari semangat belajar arab dalam beberapa hari je lagi.
semangat semangat.
yosh!

p/s : doakan saya berjaya. :D


January 15, 2011

Lima.

eh? dah sebulan lebih tak jenguk budak kecik biru ni rupanya..
kesian dia terkontang kanting keseorangan.
rupa macam takde tuan pun ada.

minta maaf banyak2 ye, budak kecik biru?
jangan marah.. tuan awak ni tak ada masa free nak datang ziarah awak.
lagipun tuan awak ni ketandusan idea.
sebab tu lah tuan awak menyepi je.
pergi cari ilham sampai ke laut mati.
tapi tak jumpa juga nampaknya.

minta maaf ye?
nah syawarma beserta buzhoh syari3 jamiah.
budak kecik biru jgn merajuk lagi tau.
nanti tuan awak tulis banyak2.  :D