March 13, 2011

Ma-tang

masih teringat pesan seorang ustazah kepada anak didiknya sebelum anak didiknya terbang ke luar negara..

"duduk dekat negara orang, jauh daripada keluarga, jaga diri elok-elok. ingat, awak ni dah besar, jangan perangai macam budak-budak lagi. nanti tak ada orang yang nak."

fuh, amanah yang cukup besar, iaitu mencapai kematangan fikiran dan peribadi.
suatu amanah yang aku masih belum mampu laksanakan.
iyalah, mana tak nya, walaupun hari ni usia dah mencecah 18 tahun 4 bulan, tapi aku masih belum matang seperti yang sepatutnya.

masih berfikiran seperti budak-budak dan perangai lagilah macam budak-budak.
hanya fikirkan perihal sendiri, masih belum mampu berdikari sepenuhnya..
tidur tak boleh kurang daripada 8 jam, sangat gemar masuk kedai mainan sambil membuat muka eksaited ibarat kanak-kanak mendapat coklat tora beserta mainan gasing didalamnya.
sangat suka bermain lego, apatah lagi soft toys berbentuk zirafah dan domo yang terletak setia di sisi setiap kali diulit mimpi.
sangat tak matang, kan?

hingga ada yang berkata,
"haish budak kecik ni.. bila la nak besar.."
"awak tu kecik lagi, tak patut tau hal orang-orang besar ni.."
"ko ni macam budak-budak la.."

sedih... kan?
sangatt...

tapi..
aku teringat kata-kata seorang senpai..
kematangan itu bukanlah diukur dari sudut usia mahupun dari sudut pengalaman. tapi kematangan yang sebenar ialah apabila seseorang itu jelas akan matlamat hidupnya dan tahu akan misi perjuangannya.
bilamana seseorang itu tahu hidupnya semata-mata didedikasikan untuk mencapai mardhatillah, maka dia adalah seorang yang matang.

dan aku rasa, jika kematangan aku didefinisikan begitu, maka lebih rendahlah tahap kematangan aku.
aku merasa sangat kerdil, terasa jeles tahap infiniti,
tatkala mana aku lihat sahabat sebaya lain yang jauh lebih tinggi kematangannya
mampu menjaga diri, punya akhlak yang terpuji, dan faham apa matlamat sebenarnya perjuangannya.

(hingga kalau nak suruh kawin terus pun boleh..)


tapi aku?
ibarat budak hingusan yang hingusnya masih meleleh sambil belajar bertatih di titian dunia.
masih belum mampu menggalas beban dan tanggungjawab.
masih banyak yang perlu diperbaiki, direpair dan dihantar workshop untuk maintenance.

maafkan aku, andai aku masih kebudak-budakan
aku kini dalam proses pembelajaran. belajar untuk menjadi matang.
ajarkan aku, kawan. bimbinglah aku..
agar kita sama-sama dapat menjadi umpama Sultan Muhammad al-Fateh yang matang pada usia yang muda.

bi iznillah, insya allah :)

2 comments:

`Izzati Idris said...

kite dah boleh kawen ke tak agak2?
hehe

. Aisyah . said...

ahahha. kalau zati, boleh la.
kalau kite, xboleh lagi. hehhehe :)