tadi ada orang tanya satu soalan kuiz cepumas
tak ada hadiah, tapi membuka minda
tak ada hadiah, tapi membuka minda
soalan kaw-kaw punya.
soalannya berbunyi begini :
'kenapa... kenapa kalau kita marah dengan seseorang, kita akan tinggikan suara dan jerit walaupun orang tersebut duduk hanya 1 centimeter jaraknya, tapi kalau dengan orang yang kita sayang, kita akan rendahkan suara dan bercakap dengan seayu-ayunya. kenapa?'
ha'ah kan.. kenapa ye?
tak pernah terfikir pun sebelum ni..
punya la aku berkerutkerut dahi sambil buat muka einstein pikir jawapan.
kenapa.. kenapa.. kenapa?
tak pernah terfikir pun sebelum ni..
punya la aku berkerutkerut dahi sambil buat muka einstein pikir jawapan.
kenapa.. kenapa.. kenapa?
dah dah, jangan celarukan lagi otak yang dah bercelaru tu.
dengan muka cool,
orang yang mengajukan soalan tadi menjawab..
jawapannya adalah sebab..
orang yang mengajukan soalan tadi menjawab..
jawapannya adalah sebab..
kalau kita marah dengan seseorang, maka hati kita jauh daripada orang tersebut. bagai jarak amman dan irbid atau mungkin jauh lagi. kita perlukan suara yang tinggi supaya orang tersebut dapat mendengar kata-kata kita.
tapi bila kita sayang seseorang, hati kita sentiasa dekat dengan dia, maka microphone atau speaker tak diperlukan untuk menyatakan isi hati kita. cukup dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyampaikan mesej kita kepada dia.
tapi bila kita sayang seseorang, hati kita sentiasa dekat dengan dia, maka microphone atau speaker tak diperlukan untuk menyatakan isi hati kita. cukup dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyampaikan mesej kita kepada dia.
dan
andai hati-hati kita sangat dekat dan tertaut dengan ukhuwwah islamiah,
insya allah, hanya diam dan tak perlu berkata-kata pun sudah saling mengerti.
manisnya ukhuwwah, kan?
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan. Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya: "Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi:
"Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?": lalu lelaki itu menjawab : "Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab: "Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”
(HR. Muslim)
credits to jaja for her Q :)
tapi dialog telah diubahsuai. hehe
tapi dialog telah diubahsuai. hehe
2 comments:
xjugak... kadang2 dgn org yg kite syg la kite tinggikan suara... sbb kita tau sbyk mane kite mrh die pn... die ttp akan syg kt kite. ;D
hehe. btul jugak..
marah tanda sayang. :D
Post a Comment